Monday, 23 July 2012

Tuk Hikmah..


Pada suatu masa dahulu, terdapat satu kerajaan negeri yang mempunyai seorang raja yang masyhur. Baginda mempunyai ramai pahlawan yang bersedia berbakti untuk mempertahankan negerinya itu. Baginda juga turut mempunyai ramai menteri yang sentiasa amanah dan tawadu' dalam menjalankan segala urusan ,memberi pendapat yang mana dirasakan sesuai kepada baginda termasuk seorang menteri yang dikenali sebagai Tuk Hikmah dalam kalangan menteri-menteri di negeri tersebut.

Sunday, 22 July 2012

8 JAM


8 JAM 


Saksikanlah filem terbaru arahan Ahmad Idham ini..Filem ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Alang yang dibesarkan di kawasan lorong oleh ibunya..Pelbagai aksi lasak yang dipemerkan di dalam filem ini yang mana membuatkan para penonton tidak jemu-jemu untuk menontonnya lagi..Marilah sama-sama kita saksikan filem hebat ini di pawagam yang berdekatan dengan anda..Jom2..Apa tunggu lagi...Dan jangan lupa ambil iktibar dan teladan daripada kisah yang dipamerkan daripada filem ini..

Tuesday, 17 July 2012

Ku Sujud Padamu..


Bisikan ombak,
Lambaian kasih,
Awan yang memutih,
Lautan yang bergelora,
Senantiasa di jiwaku...

Wednesday, 6 June 2012

Lembaran Baru..











Aku hanya seorang insan biasa,
Yang hanya mampu berserah,
Tatkala ribut dan taufan melanda,
Aku tetap bersedia...


Hatiku teguh padamu ya illahi,
Teguh pada peganganku,
Tak akan sesekali aku gentar,
Walau berkecai tubuh sekalipun...

Wednesday, 13 April 2011

Suatu Tragedi..

Pondok Usang.

Pada para pembaca sekalian,mari sama-sama kita ikuti kisah yang berlaku ini. Kisah ini adalah suatu kisah yang benar-benar berlaku dalam hidup saya yang mana ianya berlaku kira-kira lima tahun yang lepas. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3 pagi sewaktu semua orang sedang tidur nyenyak dibuai dengan mimpi yang mengasyikkan. Semasa kejadian itu berlaku,saya bersama teman rapat saya. 

Tuesday, 12 April 2011

Cinta Terulung..



Masih ramai yang tertunggu akan kisah cinta teragung ini, yang mana ianya merupakan satu kisah cinta keagungan islam yang amat dinanti-nantikan bagi peminat-peminat siri drama Nur Kasih. Kini, terbitan terbaru daripada Primeworks Studios Sdn Bhd akan memaparkan filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 19 Mei 2011 ini iaitu Nur Kasih The Movie.Antara barisan-barisan pelakon yang diminati ramai, antaranya ialah Remy Ishak sebagai Adam, Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina dan Fizz Fairuz sebagai Aidil. Marilah sama-sama kita saksikan filem cinta teragung ini..