Pada
suatu masa dahulu, terdapat satu kerajaan negeri yang mempunyai seorang
raja yang masyhur. Baginda mempunyai ramai pahlawan yang bersedia
berbakti untuk mempertahankan negerinya itu. Baginda juga turut
mempunyai ramai menteri yang sentiasa amanah dan tawadu' dalam
menjalankan segala urusan ,memberi pendapat yang mana dirasakan sesuai
kepada baginda termasuk seorang menteri yang dikenali sebagai Tuk Hikmah
dalam kalangan menteri-menteri di negeri tersebut.
Tuk
Hikmah sememangnya terkenal dengan sikapnya yang sentiasa bercakap
benar dan menuruti segala perintah baginda. Pada ketika negeri baginda
diserang oleh sesuatu penyakit yang aneh lalu baginda menanyakan hal
tersebut kepada Tuk Hikmah,''Apakah tanda yang bakal mungkin berlaku di
negeri beta ini wahai Tuk Hikmah?''. Tuk Hikmah kemudiannya berkata, ''
Sabarlah tuanku,disebalik kejadian yang berlaku mungkin terdapat
hikmahnya yang tersendiri''. Baginda mendengar keterangan Tuk Hikmah
yang sedemikian,lapanglah dada tuanku.
Namun
selepas itu,berlaku pula kejadian yang mana puteri raja tersebut telah
hilang dari istana dan tidak pulang-pulang. Hal itu seterusnya
dimaklumkan kepada Tuk Hikmah. Tuk Hikmah menenangkan baginda supaya
berserah kepada Allah S.W.T kerana disebalik semua yang berlaku ini
pasti ada hikmahnya. Baginda tenang mendengar nasihat Tuk Hikmah itu dan
tetap bersabar menunggu kepulangan puteri kesayangannya itu pulang.
Pada
keesokkan harinya,baginda teringin untuk memakan masakan
sendiri,lalu baginda pergi ke dapur istana lalu menyiapkan segala
santapan untuk diri baginda sendiri. Semasa baginda sedang bersayu
hati mengenangkan puteri kesayangannya itu yang masih belum pulang, dan
pada masa itu juga baginda sedang memotong bawang,secara tidak sengaja
pisau yang tajam tidak semena-mena terpotong jari pelunjuk baginda.
Baginda menjerit kesakitan lalu mengarahkan pengawal istana supaya
memanggil Tuk Hikmah mengadap baginda.
Sebaik
sahaja Tuk Hikmah tiba,dia terkejut melihat jari tuanku telah kudung
sebelah lalu dia mengambil kain lalu dibalut luka di jari tuanku.
Baginda yang masih berada dalam keadaan sakit bercampur aduk
perasaan gundah gulana lalu bertanya kepada Tuk Hikmah,'' Wahai Tuk
Hikmah,mengapa beta harus jadi begini di saat beta sedang gundah
gulana sekarang ini?''. Tuk Hikmah terdiam sejenak lalu berkata,''
Tuanku, anggaplah ini semua adalah ketentuan dan ujian yang harus tuanku
tempuh kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya''.
Perkataan
hikmah yang dikeluarkan daripada kata-kata Tuk Hikmah itu,tiba-tiba
telah menimbulkan kemarahan baginda kerana setiap nasihat yang dipinta
oleh baginda,hanya perkataan hikmah sahaja yang baginda dengari. Oleh
yang demikian, baginda dengan tegas mengarahkan pengawal istana supaya
memenjarakan Tuk Hikmah.
Tuk
Hikmah dengan tenang dan seolah-olah telah tahu bahawa dia akan
menerima nasib dimasukkan ke dalam penjara lalu mengikut pengawal istana
ke penjara. Pengawal istana yang membawa Tuk Hikmah ke penjara juga
turut bersimpati lalu bertanya kepada Tuk Hikmah,'' Tidak mengapkah
ini hamba masukkan tuk ke dalam penjara?''. Tuk Hikmah menjawab dengan
nada yang tenang,'' Tidak mengapa wahai pengawal, mungkin ada hikmah
disebalik setiap kejadian yang berlaku''.
Beberapa
bulan selepas kejadian itu berlaku, baginda ingin keluar negeri dan
pergi ke hutan untuk memburu rusa. Beberapa orang pahlawan baginda juga
turut pergi bersama-sama baginda untuk menjaga baginda. Tiba-tiba,
sedang baginda dan pahlawan-pahlawannya leka dalam memperhatikan buruan
mereka, datang sekumpulan puak ' cannibal ' yang mana puak ini jenis
yang memakan manusia. Tidak semena-mena, mereka semua ditangkap dan
diselidik satu persatu. Apabila tiba giliran baginda untuk diperiksa,
salah seorang daripada puak tersebut mengatakan bahawa baginda adalah
manusia cacat kerana kudung jari telunjuknya. Puak itu lalu membebaskan
baginda kerana beranggapan bahawa manusia yang cacat itu adalah hina dan
tidak layak untuk dijadikan santapan mereka, lalu baginda dibebaskan
oleh mereka.
Alangkah
besarnya hati baginda apabila tindakan mereka itu sebenarnya telah
menyelamatkan nyawa baginda. Baginda berasa amat bersyukur dan ingin
segera menemui Tuk Hikmah untuk mengkhabarkan kejadian yang berlaku ini.
Setibanya baginda di penjara, baginda dengan nada bersalah mengakui
bahawa segala kata-kata Tuk Hikmah yang lalu ada benarnya dan baginda
memohon maaf atas tindakkannya memenjarakan Tuk Hikmah.
Namun
Tuk Hikmah hanya tersenyum mendengar berita itu dan berkata, '' Ada
baiknya juga, ada hikmahnya juga tuanku memenjarakan saya, jika tidak
sudah tentu patik juga akan mati kerana menjadi santapan puak-puak ganas
itu kerana turut sama mengikuti tuanku pergi berburu.'' Kedua-dua
mereka saling tersenyum sesama sendiri dan juga saling memunasabahkan
diri masing-masing kerana setiap detik perkara yang berlaku di atas muka
bumi Allah S.W.T ini semua ada hikmah yang mana kita semua tidak akan
mengetahuinya.
Demikianlah kisah pedoman hidup untuk kali ini dan saya berharap agar kita dapat sama-sama mengambil iktibar daripada kisah ini. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Demikianlah kisah pedoman hidup untuk kali ini dan saya berharap agar kita dapat sama-sama mengambil iktibar daripada kisah ini. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment