AKUARIUM AJAIB..

1) Di dalam sebuah akuarium, terdapat lima ekor ikan emas. Ikan emas yang pertama bernama Embun. Ikan emas kedua hingga kelima bernama Melati, Seroja, Melur dan Kenanga. Mereka berlima bersahabat baik sejak dari kecil lagi. Mereka hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Pada suatu hari, Embun berkata kepada Melati bahawa dia telah pergi melihat sendiri gambaran dan suasana berada di persekitaran KLCC. Melati ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh sahabat baiknya itu. Selepas itu,Melati mengarahkan supaya Embun untuk naik ke atas permukaan air untuk mengambil udara dan diminta untuknya menahan nafasnya untuk beberapa saat.Tetapi,Embun hanya dapat naik ke atas permukaan untuk mengambil udara lalu turun ke dasar air semula dan tidak dapat untuk bertahan pun walau hanya dengan beberapa saat. Melati lalu ketawa lagi dan mengatakan bahawa Embun hanya bermimpi pergi ke KLCC,hanya melihat dalam mimpi bukannya realiti. Tetapi Embun tetap menafikan dan benar-benar mengatakan bahawa dia benar-benar sampai ke KLCC. Bagaimanakah ianya terjadi?..Satu persoalaan yang sama-sama perlu kita bincangkan bersama demi untuk mencapai jalan penyelesaiannya.
Jawapannya : Antara kelima-lima ikan emas, Embun merupakan ikan emas kesayangan tuannya,ABG S. Jadi,kebetulan tanggal pada malam sebelum menyambut merdeka,Abg S telah mengambil Embun lalu diletakkan di dalam satu bekas kaca yang berisi air dan dibawakannya masuk dalam kereta. Jadi,terjawablah segala persoalannya itu. :=)
Tetapi, masih menjadi tanda tanya kerana selepas itu,timbul lagi satu persoalan yang berlaku. Sebaik sahaja Embun dikeluarkan oleh Abg S, tiba-tiba sahaja paras air akuarium bertambah.Sungguh menghairankan?..
JAWAPANNYE:....... Keempat-empat ekor ikan emas tadi menangis teresak-esak kesedihan kerana bimbang akan keselamatan Embun yang dibawa keluar oleh tuannya. Mereka benar-benar sayangkan Embun dan sukar untuk berpisah lama...:-)
RA ONE..
Para pembaca blog sekalian, bagi yang meminati filem-filem hindi, kini akan datang filem terbaru pelakon raja bollywood kita, iaitu Datuk Shah Rukh Khan yang membintangi sebuah filem genre aksi iaitu RA ONE. Antara barisan pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut antaranya ialah Arjun Rampal, Kareena Kapoor dan ramai lagi pelakon lain. Marilah sama-sama kita tonton filem terbaru yang bakal ditayangkan ini tidak lama lagi yang mana berkemungkinan akan dikeluarkan pada Jun 2011 ini.