Info Sihat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog yang saya kasihi....Apa khabar?..Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...Tentu ramai yang tertanya-tanya kemanakah hilangnya Saif Saz selama ini....Jangan risau,jejaka ini tidak kemana-mana..Dia hanya menyendiri buat sementara waktu...Tetapi sekarang,dia sudah kembali,dengan semangat yang baru,dengan azam yang baru,dengan cita-cita yang baru demi untuk memperjuangkan cintanya yang sejati kepada kekasihnya....Eh,xda la...gurauan saja...Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan dengan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian, sihat adalah suatu anugerah ataupun nikmat daripada pencipta kita iaitu Allah S.W.T yang tidak ternilai pemberiannya..Tetapi pada masa sekarang ini, masih ramai orang yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan cara pemakanan disamping melakukan aktiviti yang sihat..Persoalaannya mengapa?..Adakah kita mengatakan bahawa kita tiada masa?Adakah kita mengatakan bahawa kita terlalu sibuk?Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang sering kita timbulkan yang mana secara tidak langsung tanpa kita sedari,sedikit sebanyak telah menjejaskan kesihatan diri kita sendiri. Persoalan-persoalan yang sering kita timbulkan biasanya kita mempunyai jawapannya yang tersendiri.Namun begitu,tidak semestinya setiap jawapan yang kita beri itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik..Okeylah, Saif Saz akan sambung cerita selanjutnya dalam slot info sihat ini dalam pertemuan kita akan datang....Insyaallah..Assalamualaikum W.B.R.T.H...


Assalamualaikum...Apa khabar anda semua?...Berjumpa lagi kita..Pertemuan kita pada kali ini Saif Saz ingin berkongi dengan anda semua mengenai amalan pemakanan yang sihat..Biasanya kini,tubuh badan kita kurang mendapat zat yang mencukupi.Mengapa?..Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana ianya boleh berlaku sedangkan sehari suntuk kita makan makanan yang kita ingini.Betul,,,.tiada salahnya...Tapi jika kita lihat,jenis pemakanan yang macam mana itu sebenarnya yang memainkan peranan yang penting dalam proses badan kita memperolehi zat yang mencukupi..Sekarang saja jika kita prihatin dengan keadaan zaman era globalisasi,terlalu banyak restoran francais ataupun lebih dikenali dengan restoran fast food seperti yang kita sedia maklum.Saya rasa tidak perlulah untuk saya menjelaskan tentang nama-nama restoran itu, kerana saya percaya kita sendiri sudah sedia maklum akan hal itu. Jadi, adakah wajar kita mengatakan bahawa amalan pemakanan kita pada masa sekarang ini adalah dalam corak pemakanan yang sihat?..Sedangkan kita selalu mengamalkan amalan pemakanan fast food ini.. 
Jadi tidak hairanlah kita jika kita lihat berapa ramai anak muda lelaki mahupun wanita yang mengalami masalah obesiti,masalah jantung,masalah kencing manis dan sebagainya..Hal ini semuanya berpunca daripada amalan pemakanan kita yang tidak sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting untuk kita makan untuk mendapatkan kualiti hidup yang sihat. Tetapi, hal ini yang menjadi masalah.Mengapa?..Berapa banyak kita makan sayur setiap hari? Berapa banyak kita makan buah setiap hari? Berapa kerap kita membeli sayur dalam seminggu? Berapa kerap kita membeli buah dalam seminggu?..

 
Tepuk dada tanyalah diri kita sendiri..Baiklah,Saif Saz rasa setakat itu dulu perkongsian yang dapat dihuraikan pada kali ini..Insyaallah, kita akan sambung lagi dipertemuan yang akan datang.. Assalamualaikum W.B.R.T.H...