Wednesday, 13 April 2011

Suatu Tragedi..

Pondok Usang.

Pada para pembaca sekalian,mari sama-sama kita ikuti kisah yang berlaku ini. Kisah ini adalah suatu kisah yang benar-benar berlaku dalam hidup saya yang mana ianya berlaku kira-kira lima tahun yang lepas. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3 pagi sewaktu semua orang sedang tidur nyenyak dibuai dengan mimpi yang mengasyikkan. Semasa kejadian itu berlaku,saya bersama teman rapat saya. 


Sebenarnya pada tahun itu juga,kami sama-sama ingin menghadapi peperiksaan SPM dan pada malam itu,kami bermalam di pondok usang untuk tujuan belajar lewat malam. Walaupun perasaan takut sentiasa menyelubungi jiwa,buku-buku yang perlu diulangkaji harus diteruskan juga. Teman rapat saya bukan berasal dari kampung saya sebenarnya,kerana dia berasal dari pekan yang juga berdekatan kampung saya. Kebetulan pada malam itu, dia datang ke rumah saya menaiki motosikal yang belum pernah dilihat oleh pemuda dari kampung saya. Semasa kami sedang khusyuk mengulangkaji pelajaran hingga ke lewat malam,lama-kelamaan kelopak atas mata semakin menghampiri kelopak bawah mata,menandakan mata kami sama-sama sudah mengantuk dan kemudiannya tanpa kami sedari kami telah tertidur. Saya tahu,pasti para pembaca kini masih dalam keadaan tertanya-tanya apa kaitannya motosikal yang dinaikki teman rapat saya itu dengan suatu tragedi yang ingin saya ceritakan ini. Sebenarnya, memang ada sesuatu yang berlaku pada masa itu. Kira-kira selepas setengah jam kami tertidur,tiba-tiba saya terjaga dari tidur kerana terdengar suara pemuda-pemuda dari kampung saya berbisik-bisik sesama mereka. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka cuba saya amati namun sukar kedengaran.Walaubagaimanapun, tiba-tiba saya terdengar salah seorang daripada mereka berkata sesuatu."Pencuri ni!!,Aku tak penah tengok pun moto ni kt kampung kita,hampa p cari kayu lekas,yang mana pegang helmet,pegang." Saya tidak terus melulu keluar walaupun saya tahu itu adalah pemuda dari kampung saya sendiri.Saya terus mengejutkan teman saya, dan dia terus bingkas bangun lalu bertanya tentang hal yang berlaku pada saat itu.Dia panik sangat ketika itu.Pemuda kampung mengesyaki bahawa pencuri yang pada anggapan mereka ketika itu telah menceroboh masuk ke dalam pondok usang tersebut.Mereka membuat kepungan di sekeliling pondok,sehinggakan menyuruh kami keluar dengan segera.Namun,secara tiba-tiba muncul seorang pak cik yang datang untuk menenangkan keadaan lalu dia mengatakan bahawa "Depa dok belajaq dalam pondok tuh,yang hampa dok riuh-riuh nie pasai apa! kacau orang nk tidoq,depa bukan pencuri,dah-dah tak dak apa."Kami berdua macam rasa geli hati pun ada,kerana sepatutnya kami dah pun boleh bersuara pada mereka untuk mengatakan yang kami ini bukanlah pencuri, namun perasaan kami tiba-tiba yang tiba-tiba panik,membuatkan masing-masing lidah kami kelu,tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Selepas peristiwa itu berlalu, apabila terkenangkan kembali,kami sama-sama tersenyum sesama sendiri.


No comments:

Post a Comment