Wednesday, 13 April 2011

Suatu Tragedi..

Pondok Usang.

Pada para pembaca sekalian,mari sama-sama kita ikuti kisah yang berlaku ini. Kisah ini adalah suatu kisah yang benar-benar berlaku dalam hidup saya yang mana ianya berlaku kira-kira lima tahun yang lepas. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 3 pagi sewaktu semua orang sedang tidur nyenyak dibuai dengan mimpi yang mengasyikkan. Semasa kejadian itu berlaku,saya bersama teman rapat saya. 

Tuesday, 12 April 2011

Cinta Terulung..



Masih ramai yang tertunggu akan kisah cinta teragung ini, yang mana ianya merupakan satu kisah cinta keagungan islam yang amat dinanti-nantikan bagi peminat-peminat siri drama Nur Kasih. Kini, terbitan terbaru daripada Primeworks Studios Sdn Bhd akan memaparkan filem terbaru yang bakal ditayangkan pada 19 Mei 2011 ini iaitu Nur Kasih The Movie.Antara barisan-barisan pelakon yang diminati ramai, antaranya ialah Remy Ishak sebagai Adam, Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina dan Fizz Fairuz sebagai Aidil. Marilah sama-sama kita saksikan filem cinta teragung ini..


Sudut Renungan

Tanda Kesedaran Orang Yang Berakal.

Adapun orang yang berakal itu sedar dari kelalainnya dan tanda kesedaran itu ada empat macam,marilah sama-sama kita renungkan.

  1. Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merasa masih ada banyak masa.

     2.   Memerhati urusan akhirat dengan teliti dan bersungguh-sungguh serta merasakan masa berlalu pantas dan tidak dapat ditunda.

    3.  Mengatur urusan agama dengan rajin menambah ilmu.

    4.  Bergaul sesama makhluk dengan saling nasihat-menasihati serta sabar.



Thursday, 7 April 2011

Qalbu in State of Mind..

Alhamdulillah...bersyukur saya ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya,untuk julung kalinya saya dapat untuk mencipta blog sendiri,dengan mendapat bantuan daripada seseorang,yang mana mungkin beliau sedang tersenyum ketika membaca blog yang tidak seberapa ini. Oleh itu,marilah kita sama-sama lapangkan dada,bukakan pintu hati,buangkan segala kekusutan di hati,segala kegelisahan di hati,segala kegusaran di hati kerana apa yang saya katakan dalam bentuk segala itu adalah membawa makna yang sama, namun janganlah dirungsingkan kepala kerana di dalam blog ini boleh kita sama-sama mengikuti segala rencana,kisah-kisah,rentetan-rentetan,ukiran-ukiran kata,bingkisan bicara hati yang dapat sama-sama kita hayati di samping menyelami segalanya kerana ianya bermulanya di sini...